Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar
Alam
sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di
muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran
munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung
sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan
kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan
di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana
yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga
dengan baik.
Persekitaran
yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang
bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan
menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan
badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara
dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di
persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan
suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam
keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman
juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa.
Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan
tahap kesihatan kita.
Selain
itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari
semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan
suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk
menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.
Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti
pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan
mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber
ekonomi negara kita.
Alam
setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang
mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan
seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan
penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar.
Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh
vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan
makanan dapat dielakkan.
Gangguan
daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran
dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan
pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada
di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan
selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang
bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan
hidup kita.
Selain
itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan
manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa
makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya
kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air
bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti
haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan
bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air
merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah
berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya
menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.
Tambahan
pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan
tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada
manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan
kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia
akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan
seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat
menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang
pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan
hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber
kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak
tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.
Di
samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi
negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian
akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing
ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan
ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu,
kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor
perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan
ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya,
pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber
makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut
berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping
udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya
kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.
GAN CHUI YONG
205876
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Alam
sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam
sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia,
aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara
sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan
menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang
bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Kepentingan alam sekitar kepada sistem
pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut
udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting
untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan
tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara
dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain
itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan.
Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat
dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang
baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan
ini, kesihatan manusia akan terjamin.
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna.
Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem
yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin
sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan
tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air
hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap
dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat
disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan
tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air.
Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan
persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting
untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi
canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro
sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan
pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang
memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah
tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya
memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling
berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan
biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat
perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan
sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam
semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca
menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan
fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk
mengelakkan kepupusan..
Penghutanan
semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan
Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis..
Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang.
Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan
tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti
alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang
cukup.
Persekitaran
yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran
yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa
manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi
yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan
banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita,
hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit
dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah
penting.
sumber: http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/kepentingan-menjaga-alam-sekitar_9278.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar