Keindahan Alam - Pemandangan Menarik Di China
Ada 29 tapak warisan termasuk dalam "Senarai Warisan Dunia" oleh UNESCO, iaitu 3 warisan alam semulajadi, 21 warisan budaya dan 4 warisan alam dan budaya bilateral.
(sila klik imej untuk lihat dengan lebih jelas lagi)
Selain tapak warisan alam, China juga mempunyai banyak tempat-tempat yang mempunyai pemandangan indah dan kaya dengan kepelbagaian latar belakang budaya.
Hutan Buluh Shunan (Shunan Zhuhai) -
terletak di sebelah barat daya pergunungan Liantian yang memisahkan
wilayah Changning dengan Jiangan. Meliputi kawasan seluas 120 km persegi
pada ketinggian 600 ke 1000 m. Pada bahagian tengah kawasan ini, hampir
5000 hektar ditumbuhi oleh sejenis buluh besar yang tinggi dan tegak
(species Phyllostachys Pubescens). Di Chengdu terletak wilayah habitat
haiwan panda yang terkenal. Keindahan Shunan menjadi inspirasi
kepada pelukis pemandangan hutan buluh Zheng Banqiao pada zaman Dinasti
Qing. Pengambaran filem Crouching Tiger, Hidden Dragon juga dilakukan di
sini.
Air Terjun Nuorilang (Nuorilang Waterfall) - Dalam banyak-banyak air terjun cantik di Jiuzhaigou, air terjun Nuorilang yang paling menakjubkan
sekali. Ia terletak pada ketinggian 2365 m dari aras laut. Lebarnya 325
m dan tinggi 30-40 m. Sebanyak 5.8 cubic m air per saat mengalir
melalui air terjun ini.
Sungai Yangtze (Changjiang)
- hampir 6300 km, adalah sungai terpanjang dan terbesar di China,
manakala ke tiga di dunia selepas sungai Nil di benua Afrika dan sungai
Amazon di Amerika Selatan. Punca sungai ini bermula di bahagian barat
gunung Geladandong, puncak utama rangkaian banjaran Tanggula di dataran
tinggi Qinghai - Tibet, bahagian barat daya negara China.
Hutan Spruce Xueling
di pergunungan Tianshan - kekal semenjak 40 juta tahun lampau. Ia
seperti fosil hidup di kawasan pergunungan itu. Pada hujung bulan
Oktober, angin sejuk dari Siberia tiba membawa sama kehadiran salji.
Dengan diselimuti keputihan salji, keadaan begitu tenang, manakala
pohon-pohon spurce seperti berdiri tegak seolah-olah barisan tentera
yang memakai mahkota.
Yehliu
- nama sebuah tanjung terletak di utara Taiwan. Ketinggiannya bermula
dari 1700 m mencuram turun ke aras laut. Sekiranya dilihat dari udara,
bentuk tanjung ini se akan-akan seekor penyu raksasa. Oleh itu, tanjung
ini juga digelar 'Yehliu Turtle'.
Heavenly Lake
- gunung Changbai merupakan salah satu daripada 10 gunung terkenal di
China yang mempunyai keindahan alam luarbiasa. Gunung ini termashyur
dengan tasik kawah menakjubkan, flora dan fauna serta kaya dengan
pemandangan puncak bersalji. Dengan hutan dan salji terbentang saujana
mata memandang, ditambah kehadiran tasik dan air terjun tercantik di
utara China, menjadikan kawasan ini digelar 'Great Eurasian Green
Gallery'.
Badain Jaran
- padang pasir ke empat terbesar di dunia. Terletak di utara sempadan
Hexi, keluasannya dianggarkan 49,000 km persegi. Di sini terdapat bukit
pasir terbesar sekali di dunia.
Gunung Huangshan (Yellow Mountain)
- terletak di selatan wilayah Anhui. Tidak diragui ia adalah gunung
paling terkenal di negara China sehingga keindahannya kerap diabadikan
dalam bentuk lukisan. Pada tahun 1990, ia diwartakan sebagai warisan
alam semulajadi dan budaya dunia oleh ahli jawatankuasa warisan UNESCO.
Gua Zhijin
- terletak di Bijie dalam wilayah Guizhou, di antara sungai Luichong
dan Sancha. Kedua-dua merupakan sumber bagi sungai Wujiang. Zhijin
merupakan gua di dalamnya terdapat sungai panjang yang telah kering
sejak lama dahulu. Sekitar 1.2 juta tahun lampau, gua ini telah roboh
disebabkan hakisan dan hanyutan tanah lalu membentuk ruang besar di
dalamnya.
Peak Tomur
- menjadi puncak tertinggi di gunung Tianshan iaitu 7439 m dari aras
laut. Terletak di barat laut wilayah Wensu, kedudukan geografinya
menjadi titik pertemuan penting yang menjadi laluan penghubung antara
dunia barat dengan negara China pada zaman silam dahulu.
Guilin
- menjadi buah mulut dan pujian orang ramai serata dunia kerana
dikatakan antara tempat tercantik di China. Pepatah Cina mengatakan
'Guilin tempat tercantik dan merupakan syurga dunia'. Dengan memiliki
bukit menara batu kapur serta aliran air sungai Li yang jernih, ia
sering menjadi bahan karya seni lukis dan sajak masyarakat China.
Sawah Padi Bertingkat Longji (Dragon's Backbone Terraced Rice Fields)
- mendapat pujian sebagai keajaiban seni pertanian di China! Ia
merupakan warisan kuno yang dipusakai sejak 700 tahun lampau. Panorama
ketika sawah digenangi air atau warna kekuningan bila padi masak
menjadikan ia suatu pemandangan antara tercantik di negara China.sumber :https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGgq6M_vgfso5oEbuZ3Qw0DhQYUk0Z5o53YErqkUmxBjv7Z9JtA5xUNcNEh9ME7YAH1BHJGe63_v2xNGtY0NnHRO-gysQrGuuhR34BYgj6wQEuekmQZc75s08iXlEmuzTTDjbIAArO1eE/s1600/keindahan-alam-06.jpg
Tidak ada komentar:
Posting Komentar